KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kerajaan Negeri Pahang sepakat menjaga kawasan tadahan air Skim Hidroelektrik Ulu Jelai agar operasi stesen janakuasa terbaharu di Cameron Highlands itu tidak terjejas dengan memastikan keseimbangan ekosistem di kawasan berkenaan terpelihara.
Kedua-dua pihak mencapai persetujuan dengan memeterai Perjanjian Skim Hidroelektrik Ulu Jelai yang turut memberi pendapatan kepada Kerajaan Negeri Pahang melalui penggunaan sumber air untuk penjanaan tenaga elektrik.
Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, terdapat peruntukan khas dalam perjanjian itu yang memastikan kedua-dua pihak menjaga kawasan tadahan dengan baik supaya dapat mengurangkan hakisan dan pemendapan sepanjang skim hidrolektrik ini beroperasi.
“Kewujudan Jawatankuasa Pengurusan Tasik dan Kawasan Tadahan, atau Jawatankuasa Penasihat untuk Stesen Janakuasa Ulu Jelai, hendaklah sentiasa peka dan mengurus serta memulihara kawasan tadahan ini dengan sebaik-baiknya,” katanya berucap di majlis menandatangani perjanjian berkenaan, di Kuala Lumpur semalam.
Beliau bersama Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Pengerusi TNB, Dato’ Sri Hasan Arifin dan kemudiannya menyaksikan acara memeterai perjanjian itu. Ia ditandangani Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din.
Skim Hidroelektrik Ulu Jelai, yang berada di Mukim Hulu Telom, adalah antara tiga stesen hidroelektrik terbesar di Cameron Highlands yang dibina di bawah tanah demi mendapatkan tekanan air secukupnya supaya boleh menggerakkan turbin untuk menjana tenaga elektrik.
Hasan berkata, stesen janakuasa yang siap pada 2016 itu direka bentuk supaya mampu memberikan tindak balas pantas kepada sistem grid terhadap perubahan permintaan, khususnya pada waktu beban puncak dengan kawalan frekuensi kapasiti dua unit penjanaannya yang berjumlah 372 Megawatts.
Hassan juga merakamkan penghargaan kepada Dato’ Sri Wan Rosdy dan Datuk Seri Takiyuddin atas kerjasama erat dalam menjayakan pembangunan skim hidroelektrik Ulu Jelai ini.
Sepertimana empangan lain, skim hidroelektrik ini bukan semata-mata menjana tenaga elektrik, bahkan mempunyai fungsi yang lebih luas kepada negeri dan rakyat.
Ia juga adalah aset strategik yang berfungsi sebagai tebatan banjir, bekalan air berterusan melalui pelepasan terkawal, seterusnya menjadi sumber bekalan air bersih serta sistem pengairan.
Penjanaan secara hidro adalah satu inisiatif ke arah kelestarian tenaga elektrik, yang bermakna TNB dan Negeri Pahang menyokong agenda nasional yang menyasarkan 45% pengurangan intensiti Gas Rumah Hijau (GHG) pada 2030, untuk bersama-sama masyarakat antarabangsa menangani perubahan iklim melalui sasaran rendah karbon.
Secara bandingannya, skim Ulu Jelai ini berupaya mengurangkan kira-kira 250,000 tan karbon dioksida setahun dengan mengambil kira pelepasan penjanaan arang batu dan bahan api fosil lain ketika tempoh puncak.
Justeru, ia menyumbang kepada plan strategik Hala Tuju Kelestarian TNB, iaitu mengurangkan 50% kapasiti penjanaan arang batu menjelang 2035, seterusnya pelepasan karbon sifar bersih pada 2050.
Dengan termeterainya perjanjian ini, ia memahatkan satu lagi manifestasi bahawa TNB dan Negeri Pahang sentiasa mempunyai semangat kerjasama yang tinggi untuk kepentingan negara dan kehidupan lebih sejahtera kepada rakyat, Better.Brighter.
Ini adalah hasil usaha bersama kedua-dua belah pihak dengan sokongan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli serta Suruhanjaya Tenaga. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Mar 01 2022
Hidroelektrik Ulu Jelai di Cameron Highlands, Pahang. - Foto DagangNews
Zoo Melaka sasar 5,000 pengunjung sempena program MBLM esok
Zoo Melaka menyasarkan kemasukan kira-kira 5,000 pengunjung sempena pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) bermula esok, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin
Malaysia-China komited terus kukuhkan hubungan diplomatik
Pertemuan itu sempena lawatan rasmi beliau yang pertama ke republik berkenaan bermula 22 Mei hingga esok.
Penyakit mulut bakal diberi keutamaan, dimasukkan dalam agenda NCD global
Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu.
Kerajaan tekad nokhtahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.96 mata kepada 1,609.22 daripada 1,604.26 semalam.
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang rendah terhadap mata wang AS itu.
Rapid Rail lakar sejarah, rekod sejuta pengguna dalam sehari
Jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.
Warga emas sertai bengkel hasilkan sabun dari bahan terpakai
Seramai 10 peserta terdiri daripada warga emas berusia lingkungan antara 60 hingga 71 tahun menyertai bengkel pembuatan sabun itu.
PM tidak ada masalah untuk tunai MA63 apabila Sabah bersedia
Sebaik sahaja Kerajaan Negeri Sabah 'beres' dalam semua perkara, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada masalah sama sekali untuk tunaikan apa yang ada dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Menoktahkan golongan miskin tegar di Sabah sebelum akhir Julai - PM
Langkah itu adalah keutamaan Kerajaan Persekutuan dan negeri kerana jelas Perdana Menteri jika anak-anak dan keluarga kita tidak cukup makan, ia perlu diselesaikan segera.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
Projek elektrik dari Sarawak ke Singapura akan beroperasi menjelang 2031
Projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Singapura dijangka akan beroperasi secara komersial pada tahun 2031, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi.
Hampir 10,000 warga TNB bertugas pada Aidilfitri
Pemantauan ditingkatkan menjelang hari raya dengan kebiasaannya tempoh 72 jam bermula sehari sebelum 1 Syawal.
IOI City Mall 'bergelap', tiada bekalan elektrik
Seorang pengguna, Syedewa, berkata kiosk perniagaannya yang terletak di dalam pusat membeli belah itu terpaksa ditutup.
Ahli Dewan Negara cadang TNB beri rebat bil elektrik susulan fenomena cuaca panas
Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari bulan Januari ke Mac tahun ini susulan fenomena cuaca panas yang masih melanda negara.
Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).
Wujudkan kembali divisyen satu, liga dua pusingan - Nor Saiful
Selain setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.
TNB cipta sejarah rangkul gelaran 'treble' buat julung kali
TNB melengkapkan musim 2024 dengan bergaya apabila memenangi kejuaraan ketiga selepas menewaskan juara bertahan THT 4-2.
Piala TNB: TNB hampiri gelaran 'treble'
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, TNB berada pada kedudukan selesa selepas membelasah Kuala Lumpur City 17-1.
Megat Jalaluddin mulakan tugas sebagai Presiden dan CEO TNB
Megat Jalaluddin yang sebelum ini memegang jawatan COO TNB, menggantikan Baharin yang menamatkan tempoh perkhidmatan pada 29 Feb 2024.